Catatan Ramadhan ; Maksud Istighfar

9372

Oleh : Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali

Allah Taala berfirman

{وَسارِعُوا إِلى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّماواتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133)

_”Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Rabb kamu dan juga syurga yang keluasannya adalah langit-langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertaqwa”_
(Surah Aali Imran 3:133)

Kata Imam Qurtubi; para ulamak menyatakan bahawa *istighfar* (atau mohon keampunan) yang dituntut ialah yang menegaskan ketetapan dalam hati bukannya hanya lafaz di lidah. Adapun orang yang berlafaz dengan lidah namun hatinya masih kekal dan tegas untuk melakukan maksiat maka istighfarnya itu masih memerlukan istighfar yang lain. Bagaimana dengan mereka yang jari jemarinya laju bertasbih sedangkan kezaliman dan maksiat masih lekat di hati?
Moga Allah golongkan kita di kalangan _mustaghfirin_ yang sentiasa memohon keampunan.