Saya ucapkan terima kasih kepada semua…………PAS adalah parti Islam. Islam bukan sahaja satu agama, Islam adalah ajaran sempurna lengkap. Termasuk urusan ekonomi, politik, urusan pentadbiran. Semua ada dalam Islam.
Dalam hubungan dengan kaum al-Quran mengajar kita semua manusia adalah satu keluarga, walaupun pelbagai bangsa, kaum. Bukan saya cakap, ini Quran cakap. Ayat Quran surah al-Hujarat;


Islam meletakkan berbagai bangsa seluruh dunia dalah satu keluarga yang besar. Mereka mesti hidup bertaaruf, berhubung antara satu sama lain. Kerana kehidupan manusia ini mewajibkan mereka berhubung, tolong menolong antara satu sama lain. Ada manusia yang bertani, ada manusia yang berlombong, ada manusia yang berniaga, ada manusia yang menjadi nelayan. Ada manusia yang menjadi tukang yang buat rumah.
Ada manusia yang memerintah, mentadbir. Kalau semua manusia tak ada yang bertukang rumah tak boleh hidup. Takda petani, nelayan, yang berniaga tak boleh hidup. Maka tuhan jadikan manusia ini berbagai bangsa dan kebolehan. Kebolehan ini diniagakan.bertukar sat sama lain. Negeri cina, india ada pengeluaran dia. Melayu ada pengeluaran dia. Negara yang ada besi, ada minyak. Mestilah berhubung dan berniaga. Ini makna keluarga.


Orang Cina ada pakaian dia, ada pakaian dia, ada minuman dia. Ada halal haram, ada yang orang islam tidak boleh. Agama lain boleh. Contohnya, babi. Orang Islam tak boleh, orang cina boleh. Ini hal dia, nak jual babi kepada orang islam. Tak boleh. Ini sempadan yang Islam ajar. Kena ikut cara Islam, itu Islam. Mesti jaga, hormati antara satu sama lain. Masalah tolong menolong, wajib. Orang melayu miskin kena tolong. Orang cina miskin kena tolong. Orang india miskin kena tolong. Adil kepada semua.
Contohnya, bila kita perintahkan Kelantan kita pernah memerintah Kelantan. Seorang pemimpin wanita MCA, ying ying. Dia belajar dulu dapat bantuan kerajaan Kelantan. Orang cina Kelantan dapat bantuan di Kelantan, walaupun orang cina di Kelantan hanya minoriti. Kita kena tolong. Terengganu, oleh kerana Terengganu sudah ada hasil petroleum, minyak dapat 5% sahaja. Cukup untuk memerintah negeri.


Kita orang islam mesti amanah. kita percaya jika kita tolong orang, kita zalim pada orang.termasuk binatang kita tak boleh zalim. Kita tak boleh lepas, kita akan ditanya di dalam kubur. Ini kepercayaan orang islam. Tiap tiap orang calon PAS bertanding kita buat janji, janji dengan tuhan. Dia tak boleh seleweng. Kalau salah, dia akan dibalas oleh tuhan.
(Ucapan Presiden PAS Kepada warga Tionghua Kampung Jerlun Baru Pada 5 Jun 2016)
https://youtu.be/cFadrAuMpV8



























