Oleh : DMA
SETIU – Politik matang dan sejahtera serta memasyarakatkan PAS adalah agenda utama dalam program-program Cakna yang di adakan oleh kawasan-kawasan dan pihak Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD).
Pengerusi MTD Batu Rakit, Ustaz Mohamad Nazari Alias berkata, ia jua adalah matlamat penganjuran program tersebut yang diadakan di Unit-unit Peti Undi (UPU) dalam DUN terbabit


Menurutnya program itu yang telah dirancang akan dilaksanakan pada setiap daerah mengundi seluruh DUN, setiap bulan untuk menyemarakkan lagi semangat ukhuwah di kalangan penduduk.
Selain itu, gerak kerja tersebu akan memantapkan kecekapan para petugas PAS disamping meningkat semangat begi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
“program ziarah, gotong royong dan kebersamaan kita bersama masyarakat akan kita teruskan di semua peringkat dan program Cakna ini adalah asas yang akan di teruskan oleh UPU yang terlibat,


Antara aktiviti ‘Cakna’ tersebut katanya adalah bacaan surah Yaasin dari muslimat, bolasepak ‘3 on 3’, jamuan laksa serta rawatan as-Syifa, telah berjaya menarik minat masyarakat setempat dengan pendekatan ceria dan prihatin.
Seorang warga emas Musa Muda, 72,yang di temui ketika program rawatan as-Syifa sangat berharap agar program seumpamanya dapat di teruskan.
“Pok (Musa) rasa rawatan syifa ini kena teruskan, ramai orang datang, molek sangat buat……….orang jumpa kita……..kita jumpa orang,” katanya.
Program Cakna dimulakan dengan “Kopi sesion” di kedai terpilih pada sebelah pagi, disusuli dengan ziarah pimpinan DUN kepada dua belas buah rumah.


Kuliah maghrib pada sebelah petang yang disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir, melabuhkan tirai ‘Program Cakna’ tersebut.




























