Cadangan Penggunaan Label Haram

948

Saya menyokong usaha-usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selama ini yang mengukuh industri dan mempromosi persijilan halal di Malaysia. Selain daripada faktor tuntutan Syara’, peluang perniagaan dalam pasaran halal global telah mencecah AS$ 2.1 trilion dan dianggarkan unjuran pertumbuhan tahunan sehingga 15% untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Dalam memastikan orang Islam di Malaysia mudah mendapatkan produk kepenggunaan dijamin halal dan berkualiti, maka saya sarankan agar pihak JAKIM menggunakan label ‘mengandungi bahan terlarang dalam Islam atau haram’ dalam produk-produk tertentu.Saranan ini berasaskan kepada beberapa justifikasi.

Pertama, kaedah dalam perundangan Islam iaitu hukum asal bagi setiap sesuatu adalah harus. Tambahan pula, polisi JAKIM ialah tidak mewajibkan ke atas setiap pengusaha untuk mendapatkan sijil halal. Maka, setiap produk yang tidak mempunyai logo halal tidak semestinya haram untuk digunakan.

Kedua, kebiasaannya kandungan-kandungan yang terdapat dalam produk khususnya produk makanan dan minuman menggunakan istilah saintifik yang sukar difahami oleh kebanyakan pengguna.

Ketiga, tiada peraturan khusus ke atas pengusaha untuk mereka memaklumkan kepada pengguna berhubung kandungan bahan-bahan terlarang yang telah digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk tersebut.

Oleh yang demikian, penggunaan label ‘mengandungi bahan terlarang dalam Islam atau label haram’ akan lebih memudahkan pihak pengguna mendapatkan akses-aspek produk halal yang lebih luas produksinya, tiada keraguan malah dijamin dalam Syara’ dan undang-undang

Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus20 Disember 2013