Beliau berkata, PAS Terengganu juga mempunyai hasrat dan hasrat PAS Terengganu telah disampaikan kepada pihak Pusat dan terpulanglah kepada pihak Pusat untuk menentukannnya.
“Hasrat (PKR) nak bertanding 14 kerusi, itu hasrat dia, (dan) hasrat kita kita tak beritahu, kita dah serahkan kepada pihak Pusat,
“Pusat terdiri dari tiga parti (Pakatan Rakyat) akan menentukan keputusannnya,”ujanya ketika ditemui media disini pada Isnin 5 Mac.
Beliau berkata demikia dalam mengulas hasrat PKR dalam satu sidang media pada Program Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya 1 & 2, Ustaz Saiful Bahri mamat dan Haji Muhyiddin Abdul Rashid serta Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali.
Mulai minggu lalu, BPPNT mengadakan lawatan pusingan kedua ke seluruh negeri bagi mengemaskini jentera PAS di peringkat DUN-DUN.
Mnegulas lanjut, menurut Haji Wahid, hasrat PKR tersebut belum dibincangkan oleh kedua-dua parti di peringkat negeri Terengganu.


























