Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Cabar Kerajaan Terengganu Saman The New York Times Isu Bijih Besi

SC20141125-071643

Hari ini saya telah mengikuti rombongan Badan Perhubungan PAS Terengganu yg membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu supaya satu siasatan boleh dilakukan berhubung satu artikel panjang bertarikh 19hb. November 2014 yg dimuatkan dalam akhbar antarabangsa The New York Times (NYT) yg berpusat di Amerika Syarikat.

Laporan NYT berkenaan memuatkan liputan berhubung perniagaan bijih besi di Malaysia yang bersumberkan seorang dari pemegang saham syarikat besi dari negara China yang mendakwa terlibat dlm urusniaga berkenaan.

IMG-20141122-WA0033Isi kandungan laporan tersebut mengandungi salah laku yang boleh memalukan negara Malaysia, negeri Terengganu dan institusi raja.

The New York Times adalah antara akhbar harian yg mempunyai edaran terbesar di Amerika dan dunia. Mereka mempunyai reputasi tinggi dunia kewartawanan dengan pernah memenangi sehingga 114 anugerah Pulitzer yang dipandang berprestij oleh dunia. Isu isu etika kewartawanan kelihatannya sangat diambilkira dalam pelaporannya seperti boleh dilihat melalui senarai pengiktirafan yg diterima.

Kerana itu, laporan amalan buruk yang didedahkan The New York Times tidak boleh dipandang mudah.

Pagi ini YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif telah membuat kenyataan penafian dan berkata akan menyaman The New York Times kerana mendakwa laporan tersebut tidak benar dan fitnah.

GANTI dengan ini mencabar supaya Kerajaan Terengganu tidak melengah lengahkan mengambil tindakan undang undang terhadap The New York Times.

Semoga dengan cara itu rakyat boleh merasa yakin dengan penafian Kerajaan Terengganu hari ini.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan