KUALA TERENGGANU – Sebahagian bumbung Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Batu Buruk yang tercabut akibat angin kencang yang melanda kawasan Batu Burok pada Disember tahun lalu, masih belum dibaiki.


“Laporan Forensik JKR mengklasifikasikan kekuda bumbungnya TIDAK selamat kerana kerosakannya kritikal. Kontrak bagi membaiki kerosakan itu akan dibuka,”menurut jawapan tersebut.


Menurut kerajaan negeri, pada tahun 2011, kerajaan telah melantik Jurutera Perunding Pakar dan setelah penilaian dibuat, keseluruhan struktur SSMZA selamat digunakan dengan kos pembaikian ialah RM37.72 juta.


“anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) TI Global Food Holdings Ltd (TIGHFH), pada tahun 2015 memperolehi RM6.7 juta degan keuntungan sebelum cukai RM1.0 juta. Jumlah pelaburan Terengganu Inc. (membeli syarikat itu) ialah RM15.62 juta,”menurut jawapan kerajaan menjawab soalan ADUN Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.




























