Buletinonline di DUN Tenang

1184

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/DSC_4654.JPG– liputan siaran isytihar calon PAS (Sila Refresh) – Gambar-gambar di Blog BO
LABIS
– Skuad Buletinonline (skuad BO) sedang berada di Labis bagi membuat liputan siaran majlis pengisytiharan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Tenang.

InsyaAllah, siaran tertunda ucapan-ucapan pemimpin Pakatan Rakyat akan dapat didengar melaului Radio Buletinonline

Sehingga kini, jam 9.18 beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah hadir, antaranya Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali dan Lim Kit Siang.

Pada kira-kira jam 9.34 malam, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hadir ke Datran Wayang Pacak, Labis, dimana perisytiharan calon akan diumumkan.

Sementara itu, satu wajah seorang muslimat (wanita) yang berada dipentas utama menjadi perhatian.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/IMG_2294.JPG
Sebelum ini disebut-sebut, PAS akan mengemukakan seorang wanita sebagai calon yang akan mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.

Calon dari Muslimah PAS itu di katakan bekas Guru Pemulihan Khas, Normala bte Sudirman. telah disebut-sebut sebagai calon utama PAS pada PRK Dun Tenang

Normala yang berumur 38 tahun itu ialah bekas seorang guru pendidikan khas khabarnya telahpun meletakkan jawatan 24 jam sebagai guru baru-baru ini (dipercayai untuk persediaan menjadi calon di DUN Tenang).