Batu Rakit, SETIU – Penduduk Maras, Batu Rakit menzahirkan kebimbangan mereka seraya tertanya-tanya akan keadaan bukit di kampung mereka kini gondola, sebahagiannya kerana ditebas dan tebang oleh pihak tertentu.
Seorang warga qaryah itu, Zakaria Nong, berkata beliau mendapat ‘khabar angin’ bukit yang dahulunya menghijau tetapi kini ‘botak’ kerana akan di jadikan sebagai tempat lokasi rekreasi oleh para ‘peluncur para’ (Paragliding), satu aktiviti sukan lasak.


“ada orang kata nak buat main ‘glider’, tapi kita orang kampung tidak diberitahu siapa pemaju dan tidak ada apa-apa maklumat tentang projek ini,
“cikgu Bazlan (ADUN) pun tak beritahu apa-apa, ” katanya ketika di temui.


Lebih-lebih lagi, kata beliau, sumber bekalan air kampung itu adalah bergantu dari kawasan tersebut.


“bila ada pembangunan…….ditebas dan ditebang, sumber air akan tercemar, musim hujan nanti air mesti kotor,” tegas beliau.
Menurutnya, beliau dimaklumkan, pokok-pokok kayu balak dalam kawasan itu juga ditebang yang sudah pasti akan menyebabkan hakisan tanah berlaku.


“saya tanya dan ‘risik-risik’ dengan JKKK tapin mereka juga taka da maklumat pasal perkara itu…….jadi siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab,
“ jadi saya harap wakil rakyat dapat tampil memberi penjelasan kepada penduduk kampung dengan segera, ” kata beliau.





























