Bukit Besi Bukan DUN ‘Spare Part’

902

DUNGUN – PAS bersedia untuk bertanding pada kesemua 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan besedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

IMG-20160430-WA0093Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat menegaskan, PAS Terengganu mensasarkan kemenangan untuk keempat-empat DUN dalam Parlimen Dungun.

“Kita tidak mahu DUN Bukit Besi mengganggap DUN mereka hanya ‘spare part’, sebab kita mahu kemenangan di DUN Bukit Besi,” jelas ketika berucap pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke-57, di Dewan Masjid Pinang Merah pada Sabtu, 30 April.

Sehubungan itu, sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung tahunan tersebut, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad mengingatkan bahawa ilmu adalah penting kepada setiap ahli PAS.

“Kita perlu kuasai semua bidang ilmu, ahli PAS kena pakar dalam bidang ilmu di mana perlu ada mereka yang fasih dan pakar dalam PAS dalam semua bidang dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS),

IMG-20160430-WA0095“kita tunjukkan macam mana Islam menyelesaikannya kerana rakyat menunggu penyelesaian dari kita,”jelasnya.

Bercakap tentang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Negeri Selangor itu berkata, penyertaan PAS adalah bukti kesungguhan sebagai sebuah parti yang berwibawa.

“Kehadiran PAS di Sarawak sejak 2014 menerusi program ‘Untukmu Sarawak’ adalah bukti PAS bukan sekadar bercerita sahaja, walaupun kita tiada satu pun kerusi di sana,

“kita tunjukkan, kita bukan hanya bercakap tetapi kita buat dimana,”katanya.

IMG-20160430-WA0094Beliau berkata, di Pekan Tatau dalam DUN Kakus, walaupun 90% penduduknya terdiri daripada kaum Iban tetapi PAS berjaya menubukan sebuah PASTI.

“di Bintulu walaupun ahli PAS hanya 200 orang, mereka berjaya mengadakan sebuah sekolah rendah Islam,”tambah beliau.

Sempena Mesyuarat Agung tersebut YB Iskandar telah menyampaikan anugerah ‘Jasamu Dikenang’ kepada lapan orang mantan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Dungun