Bukan Islam Selesa Dengan Perjuangan PAS

556
http://buletinonline.net/images/stories/berita29/bala.gif

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran berkata ia tidak sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang semakin ditolak oleh rakyat kerana perjuangan parti itu berbaur perkauman serta bersifat ‘rasis’.

“Kenapa orang bukan Islam kini boleh berada bersama di pentas PAS. Kita (bukan Islam) lebih selesa dengan PAS kerana perjuangan PAS berasaskan agama sebagai aqidah perjuangan.

“Umno perkauman dan mereka semakin hari semakin ditolak oleh rakyat. Perjuangan parti Umno berbaur perkauman dan ada sifat ‘rasis’ yang kita (rakyat) tidak setuju,” jelasnya ketika ditemui

Menurutnya, masyarakat bukan Islam di negara ini juga percaya hanya Islam yang dapat mempertahankan hak untuk semua kaum.

Dr Bala menyarankan agar rakyat memilih pemimpin berwibawa serta parti yang tidak terlibat dengan amalan rasuah.

Katanya, pengamal rasuah dan penerima rasuah adalah berdosa disisi Tuhan dan akan dihumbang ke dalam api neraka kelak.

“Kita (bukan Islam) sangat percaya Islam dapat pertahankan hak untuk kaum.  Kita nak undi pemimpin berwibawa. Pemimpin dan parti yang tidak rasuah.

“Kita nak bersama dengan orang yang baik. Sebab itu, orang Cina dan India sekarang tidak takut lagi kepada PAS sebagai parti Islam,” ujarnya.