Ia menunjukkan bahawa, disamping mengorbankan harta benda dalam perjuangan, ahli dan penyokong PAS sanggup mengorbankan darah mereka, demi membantu seluruh rakyat Terengganu mendapatkan darah yang bersih dan mencukupi.
Pengarah Yayasan Amal Terengganu, Dr Suhazeli Abdullah (gambar kanan) mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada kempen tersebut yang telah dibuat setiap tahun pada bulan Ramadhan, sejak empat tahun lalu.


“pada mala mini kita buat di masjid Rusila, InsyaAllah lebih 60 orang yang (bersetuju) menderma darah pada mala mini,”ujarnya.
Beliau bekata demikian kepada skuad Buletinonline ketika ditemui semasa kempen derma darah di Masjid Rusila pada Jumaat malam 10 Ogos.
Menurutnya, pada bulan Ramadhan tahun ini, sepuluh buah masjid telah dipilih menjadi tempat untuk menderma darah antaranya masjid Titian Baru, masjid Pengadang Baru, masjid Batu Enam dan masjid Rusila.
Beliau yang juga seorang doktor perubatan berkata kempen pada tahun ini berjaya berdasarkan sasaran yang ditetapkan seramai 40 orang penderma oleh pihak Tabung Darah.


“Kita hanya buat pada bulan Ramadhan sebab (bekalan darah) tidak mencukupi pada hari raya, pada hari-hari biasa memang dah banyak (mencukupi),
“tpi bilan datang Ramadhan orang tidak pergi (menderma di Tabung Darah) mungkin sebab puasa dan sebagainya,
“menyebabkan pihak Tabung Darah mencari-cari tempat dimana mudah mendapat (penderma darah) terutama di masjid-masjid,”jelasnya.



























