Bukan Demonstrasi PAS; Polis Diminta Ambil Tindakan

830
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/IMG_0806.jpg

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung isu kalimah ALLAH dan menggesa pihak polis mengambil tindakan segera.

“kita menafikan sekeras-kerasnya menganjurkan demonstrasi itu dan mengutuk tindakan tersebut dan berharap pihak polis dapat mengambil tinakan segera,

“isu Kalimah Allah sudah selesai dan mana-mana polisi yang berkaitan dengan hubungan antara parti-parti Pakatan rakyat diputusakan di peringkat Majlis Presiden, tidak timbul sebarang masalah,”ujarnya.

Beliau turut memberikan saranan kepada pihak media agar mendapatkan sumber yang sah dari PAS sebelum menerbitkan sebarang berita yang tidak benar dengan menerima sahaja dakwaan daripada pihak tertentu tanpa usul periksa.

Haji Yahaya berkata demikian ketika mengulas laporan beberapa akhbar media perdana yang menerbitkan berita tidak benar mengenai dua demonstrasi tersebut.
[Gambar – bukan demonstrasi PAS…..sekumpulan individu yang berhimpun di hadapan Masjid Sultan Ahmad, Chukai Kemaman semalam, Selasa 5 Februari]

Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata, hasil siasatan beliau, ada tiga individu luar yang menaja demonstrasi tersebut.

Katanya, individu terbabit telah mencari beberapa orang bukan ahli PAS dan membayar mereka sebanyak RM300.

>>Berita lanjut menyusul>>