MARANG – Budaya ‘bergotong royong’ dan semangat kerjasama saling membantu dikalangan pendudu harus dipupuk kembali sebagaimana ajaran Islam yang menyuruh “bantu membantu dalam dalam mengerjakan kebaikan dan takwa”.
Pengarah MTD Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong berkata, ia padat menjalin silaturrahim sesama umat Islam dalam meneruskan agenda murni memmakmurkan muka bumi ini.
“saya berharap agar kerjasama ini dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan penduduk setempat disamping menjalin silaturrahim sesama umat Islam,


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program gotong royong membaik pulih sebuah balai raya lama untuk dijadikan sebagai tempat menganji al-Quran bagi kanak-kanak setempat, di Kampung Durian Pahit, Metcang, di sini semalam Jumaat 21 Julai.
Menurutnya, beliau dijemput bersama Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K), Asri bin Mohamad, bagi memberikan semangat kerja lebih 20 orang penduduk kampung.


Justeru itu, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Marang merakamkan terima kasih kepada semua penyumbang, yang memberi ‘infaq’ samada tanaga mahu pun wang ringgit.
“saya ucap terima kasih dan mendoakan agar tempat ni ‘jadi molek’ dan budak-budak boleh belajar ngaji dengan selesa,
“dan terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga dan masa pagi ni, in shaa Allah kita berjumpa lagi pada masa hadapan,” tambah beliau.




























