

Budaya politik Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Najib sudah mewarnai corak pemikiran ahli akademik di IPTA. Tindakan Hal Ehwal Pelajar ketika pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bukti pemikiran primitif Umno yang bersarang di kalangan pentadbir, hatta bergelar profesor.
Ahli akademik yang mengampu kerajaan akan dinaikkan pangkat, walapun merit akademik tidak layak. Ahli akademik yang kritis akan dipinggirkan dari kenaikan pangkat, walaupun kewibawaan mereka teruji. Sekarang Presiden Umno resah dengan budaya politik di kalangan ahli akademik terutama ketika setiap kali perlantikan Naib Canselor Universiti seperti budaya surat layang yang ada di dalam Umno menjalar ke universiti.
PAS menasihatkan Datuk Seri Najib tidak perlulah mengeluh dengan budaya buruk di universiti semuanya hasil didikan Umno kepada anak didiknya. Samalah juga Allah menimpa kepada Umno dengan wabak rasuah, kerana pemimpin Umno yang mengajar tingkah laku begitu sehingga menjadi barah tahap empat. Sekarang penyakit ini sukar untuk diubat, maka perkara yang sama juga akan berlaku di universiti. Yang mengajar budaya ini ialah pemimpin Umno ketika hendak melantik pimpinan universiti, maka sekarang sudah menjadi masalah kepada pemimpin Umno siapakah ahli akademik yang boleh dipilih untuk memegang jawatan tersebut, kerana semuanya hendak mengampu, kesannya tahap akademik terabai.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat





























