Terengganu, Malaysia

Bomba Siram Peserta Khatan Permaisuri

Bomba Siram Peserta Khatan Permaisuri

Oleh : DMS

SETIU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Permaisuri telah mencipta sejarah buat pertama kalinya menganjurkan program berkhatan.

Majlis dirAsmikan oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Haji Hasan Karim di Dewan Lukmanulhakim, Guntung, bermula seawal 8 pagi dengan penyertaan mencecah 50 orang kanak-kanak.

Dalam ucapan perasmiannya Haji Hasan berharap agar program seumpama ini dapat di teruskan dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat seterusnya dapat merapatkan lagi ukhwah islamiyah kepada semua yang terlibat.

IMG-20151205-WA0067“bagi pihak PAS Kawasan kita mengharapkan agar program ini dapat di jadikan acara tahunan di samping program-program yang lain dan ucapan terimakasih pada semua yang menjayakannya termasuk pihak Bomba yang sudi hadir ke majlis kita,”jelas beliau

Para peserta khatan telah di suapkan pulut kuning serta di mandikan dengan pancutan air oleh Jabatan Bomba Setiu yang hadir bersama lapan orang anggota sebelum di khatankan oleh seorang Doktor bersama 2 orang pembantunya.

Salah seorang bapa kepada peserta khatan, Mohd Rushaidi mengharapkan agar program ini menjadi acara tahunan.

“saya mengucapkan terima kasih pada penganjur dengan program ini yang menawarkan harga yang berpatutan dan meriah sekali dan kalau boleh ianya dapat di teruskan pada masa akan datang,”katanya.

Turut serta hadir Setiausaha PAS Kawasan saudara Aminudin Umat serta seluruh Ahli Jawatankuasa MTD Permaisuri.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan