Bom Meletup Di Ibu Negeri Rakhine Yang Bergolak

1411

Tiga bom meletup di Sittwe, ibukota wilayah Rakhine di Myanmar, menybabkan eorang pegawai polis cedera ringan dalam ledakan itu.

Namun begitu, pihak berkuasa tidak jelas siapa yang berada di belakang kejadian tersebut.

Salah satu daripada bom itu meletup berhampiran rumah seorang pegawai tempatan dan dua lagi berhampiran mahkamah dan pejabat rekod.

Jurucakap polis Kolonel Myo Thu Soe memberitahu agensi berita Reuters bahawa, tiga bom buatan tangan sendiri turut ditemui di bandar itu.

Sittwe terletak kira-kira 100km (60 batu) di selatan di mana sebahagian besar keganasan terhadap Rohingya telah berlaku.

Sejak Ogos lalu, lebih daripada setengah juta orang Rohingya terutamanya dari Rakhine melarikan diri kerana rumah dan kampung mereka dibakar, dalam apa yang disebut PBB sebagai pembersihan etnik.

Kebanyakan penduduk Rohingya Sittwe meninggalkan rumah mereka selepas keganasan agama berlaku pada tahun 2012.

Lebih dari 100,000 orang masih ‘kaum yang paling ditindas di dunia’ itu tinggal di kem tahanan di luar bandar, yang dikawal pihak tentera rejim.

Minggu lalu, kumpulan hak asasi telah mendedahkan imej satelit menunjukkan bukti kampung-kampung yang telah rentung diratakan sepenuhnya.

Ia adalah bagi menutup dan menghapuskan bukti tuntutan undang-undang dari Rohingya.

Myanmar mendakwa tindakan ganas polis dan tentera akhir tahun lalu, adalah sebagai tindakbalas kerajaan serangan dilakukakan ke atas pos-pos polis.

Tentera di Myanmar berkata ia memerangi militan dan menafikan mensasarkan orang awam, namun penyeksaan terhadap etnik Rohingya telah lama berlarutan, bertahun sebelum serangan,

Mereka dinafikan hak kerakyatan walaupun telah beberapa generasi mereka menetap ratuasn tahun, Rohingya didakwa sebagai penadatang asing ‘Benggali’.

Justeru tidak dapat menerima semua tekanan dan ketidakadilan itu, beberapa kumpulan telah bangkit memberonrak dan bersumpah untuk mempertahankan maruah diri dan bangsa mereka.