BN Pinda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

783

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/mediacetak.jpg– Kerana Rakyat Tolak Media Pro-Umno/BN Penipu
Cadangan kerajaan untuk meminda  Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih komprehensif sehingga tidak  terhad kepada bahan cetak semata-mata, adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media Umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda Umno semata-mata. 

Buktinya ialah laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC)  antara tahun 2005 hingga 2009 ,  akhbar  The Star daripada  310,000 naskhah kepada   287,000 naskhah (-7.4 per cent),  New Straits Times daripada 139,000 naskhah kepada  111,000 naskhah (-20 peratus), Utusan Malaysia daripada  213,000 naskhah kepada 169,000 naskhah (-21 peratus) dan Berita Harian daripada 204,000 naskhah kepada 155,000 naskhah (-24 %). Akhbar Sin Chew sahaja yang meningkat  daripada 324,000 kepada 382,000 (+18 %).

Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur.

PAS berpendapat ini adalah tindakan untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja. Ini adalah tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan  Perdana Menteri yang bercakap mengenai transformasi dan perubahan. Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut “kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air”

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS