BN memperkayakan penjana kroni dan menyakiti rakyat

692

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/01/IPP.JPG– Kadar elektrik boleh diturunkan kepada 17% lebih murah
Kerajaan Barisan Nasional harus (BN) mengurangkan kadar elektrik sekurang-kurangnya 17% untuk membuktikan bahawa mereka tidak memperkayakan para kroninya dengan mengorbankan rakyat biasa.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata demikian dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang (PRK Tenang) semalam.

(Gambar – penjana elektrik swasta di Paka, Terengganu)

“BN telah lama memilih untuk meninggalkan rakyat demi kepentingan kroni-kroninya” dengan memberikan penjana elektrik swasta (Independent Power Producer – IPP) RM6.2 bilion, (kemudian) menjadi RM8.1 bilion setahun (dalam bentuk) subsidi gas setiap tahun selama lima tahun terakhir,

“Subsidi ini membolehkan IPP untuk membuat berbilion-bilion keuntungan tambahan.”katanya kepada para pengundi dalam kempen PRK Tenang yang semakin panas.

Pua menolak hujah yang sering diberikan oleh BN bahawa subsidi itu adalah diberikan terus kepada pengguna.

Beliau membandingkan kadar yang dikenakan kepada rakyat Malaysia dan apa yang dinikmati oleh rakyat Thailand.

Di kedua-dua negara, gas asli 70% gas asli digunakan sebagai bahan bakar untuk menjana tenaga elektrik.

Oleh kerana subsidi, beliau berkata harga gas asli untuk penjana swata Malaysia adalah 53,7% lebih murah daripada kadar yang dibayar oleh penjana di Thailand.

Namun begitu, katanya, pengguna di Malaysia mendapat bekalan elektrik hanya kuasa 8% lebih murah dari pengguna Thailand.

Memandangkan bahawa bahan bakar merupakan 40% daripada kos kepada penjana elektrik swasta, Pua berkata, rakyat Malaysia sepatutnya mendapat kadar elektrik sekurang-kurangnya 17% lebih murah daripada kadar semasa.

“Kenyataannya bahawa, kerajaan BN telah memutuskan untuk mengurangkan subsidi kepada¬† barangan asas pokok tetapi tetap menolak untuk menstrukturkan subsidi untuk penjana elektrik swasta, membuktikan bahawa BN tidak mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya.

Lebih buruk lagi, beliau menambah, kerajaan BN melalui ‘Pemandu’ telah mencadangkan bahawa kadar (tarif) eektrik di naikkan setiap enam bulan.

Beliau juga mendedahkan transaksi penswastaan air yang tidak betul di negeri Johor telah menyebabkan harga air meningkat hingga 63%.

Oleh itu, beliau menyeru supaya para pengundi di DUN Tenang mengambil peluang keemasan melalui pilihanraya ini untukjaan Umno/BN.

“Para pengundi (DUN) Tenang harus mengambil kesempatan seumur hidup ini (PRK Tenang) untuk mengambil sikap menunjukkan kekecewaan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan,” katanya.