Bina Kehidupan Berkeluarga Yang Harmoni

2129

MARANG – PAS menyeru masyarakat di negeri ini agar dapat membina kehidupan berkeluarga yang lebih mesra dan memelihara keharmonian hidup sesama penduduk.

Ketua Penerangan PAS Marang Ustaz Sulaiman Sulong berharap, komuniti setempat lebih peka dengan pelbagai isu yang sedang melanda.

“saya berharap agar masyarakat lebih peka dan beristiqamah memelihara keluhuran hidup berkeluarga bersesuaian dengan amalan Islam,

“saya menyeru semua supaya dapat mengembeling usaha bagi memelihara keharmonian dan kerukunan dalam masyarakat,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menutup program Pertandingan Memancing Komuniti Muda Kampung Sungai Serai pada ptang Sabtu, 1 April.

Seramai 154 orang peserta dari pelbagai pelbagai peringkat umur memeriahkan program yang diadakan di di Hujung Tasik Sungai Serai.

Sehubungan itu, Ustaz Sulaiman yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan menyeru semua pihak menggembleng usaha menjaga kerukunan dalam masyarakat.

“Saya juga berharap agar institusi keluarga dipupuk demgan suasana yang bahagia disamping memastikan anak-anak didik untuk menghormati orang tua,

“serta berterusan dalam memelihara dan menjaga nilai murni agama,”tambah beliau.