Bila Umno Mahu Berubah?

1242

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu bersungguh menyerang balas Mantan Perdana Menteri, Tun Doktor Mahathir Mohamed. Beliau mengungkit kisah lama dahulu dan meminta Tun Mahathir lebih baik berdiam jika tak bersetuju. Begitulah budaya UMNO sejak dulu sehingga sekarang. Apabila pemimpin atasan melakukan kesilapan, mereka meminta ahli di bawah diam-diam dan menyokong sahaja.

2. Dulu, ketika Tun Mahathir menjadi pemimpin, penyokongnya hanya tahu mengampu, membodek dan tidak membantah dalam apa jua keadaan. Walaupun mereka sedar itu merupakan kesilapan, mereka tidak berani menegurnya kerana takut kepentingan mereka terusik. Kini, mereka menyangkakan apabila PM Najib memerintah, Tun Mahathir akan bersikap seperti mereka sahaja iaitu tidak menegur apatah lagi mengkritik kesilapan pemimpin.

3. Sungguh malang, kerana pada akhirnya rakyat jualah yang jadi mangsa akibat pemimpin yang tidak amanah ketika berkuasa. Siapa jua yang naik dan pengganti baru muncul, akan membawa bersama 1001 beban dan masalah yang merosakkan negara ini. Adakah begini budaya politik kita orang Melayu-Islam..?

4. UMNO perlu sedar kini sudah pun melangkah zaman serba moden dan canggih. Budaya politik sebegitu sudah kuno, karut, dan lapuk sudah pun ditelan zaman. Bilakah UMNO mahu berubah..?

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
16 Mei 2015