Bersyukur, Empat Tahun Berturut-turut Bantu Umat Islam Kemboja

1401

Oleh : Norhidayah Ali

PHNOM PENH – PAS bersyukur kerana empat tahun berturut-turut, dapat membantu saudara seIslam di Kemboja dengan melaksanakan ibadah korban.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Abdullah Suhaimi berkata, Kelab Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (KEBAP) dengan kerjasama Ameerah Terengganu dan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) berjaya melunaskan amanah menyembelih 59 ekor lembu.

“akhirnya kami berjaya menyelesaikan Program Korban dan Akikah di Kemboja yang berlangsung pada 22-26 Ogos 2018,

Aktivis KAMI, Zam Zam Zakaria sdang menyembelih lembu korban

“Program yang telah memasuki tahun keempat ini telah berjaya mengorbankan 59 ekor lembu dan 12 ekor kambing….di dua lokasi dilaksanakan ibadah ini, iaitu Kampung Thom dan Kampung Cham,” ujarnya yang juga Ketua Delegasi.

Turut sama menyertai Misi itu ialah Pengerusi Kebap yang juga Setiausaha PAS Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang.

Apa yang penting, katanya, ahli rombongan telah menyampaikan sendiri daging korban kepada penduduk Islam di negara itu.

Beliau berkata, selain membawa amanah bahagian ibadah, rombongan turut menyalurkan sumbangan kewangan, pakaian terpakai dan alatulis.

“Di Kampung Cham misalnya, terdapat tiga buah madrasah iaitu Al-Munawara, Al-Rohmah dan Al-Islafiah. Kepadatan penduduk Islam di sini juga tinggi,

“di mana sebanyak 49 ekor lembu dan 12 ekor kambing diselesaikan di sini,” jelasnya.

Sehubungan itu beliau mengucapkan ribuan terima kasih semua yang memberikan kepercayaan kepada KEBAP, Ameerah Terengganu dan KAMI melaksana ibadah sempena hari raya aidil adha itu.

“Tidak dilupakan kepada semua para dermawan, semoga diberkati rezeki mereka dan mengharapkan agar misi yang akan datang lebih banyak bahagian dan sumbangan yang dapat di bawa,” tambah beliau.