HULU TERENGGANU – Golongan ‘baka politik melampau’ yang terus menyokong parti tertentu, walaupun parti tersebut melakukan pelbagai salah laku, mestilah berubah.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya , Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata ketaksuban politik boleh menghancurkan anak generasi Melayu Islam.
“yang menjdi masalah adalah baka politik, (sedangkan) zaman masa depan tak pentingkan baka politik, jika kita taksub kepada politik ‘A’ tetapi politik ‘A’ sampai sanggup hiris kaki kita, curi kasut kita, bawa lari getah sekerap kita, tebang pokok kita, ambil pasir kita…segala macam,
“takkan lah kita kerana taksub, kita baka politik ‘A’. maka kita sanggup (biarkan sahaja apabila) orang bawa lari kereta depan mata kita,”kiasnya ketika membuat rumusan dalam Forum Rakyat Kempen Siber yang diadakan di pekan Manir, dekat sini, Jumaat 29 April.
Oleh itu, beliau menyeru supaya golongan tersebut membersihkan ‘baka politik’ dan menyokong serta menyertai ‘lebuhraya Islam’ dengan menyokong perjuangan Islam dan gerakan Islam.
Berita lanjut menyusul….
Dengar ulasan Dr Abu Hasan di Buletinonline Radio









