KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan PAS Kuala TerengganU Ahmad Amzad Hashim menyeru seluruh untuk masyarakat bangkit membuat perubahan dalam usaha untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang menghimpit rakyat.
Katanya, rakyat perlu menyokong usaha PAS memperjuangkan isu-isu seperti isu pasar Chabang Tiga, cukai pintu dan lain-lain, untuk hidup yang lebih sejahtera
“Dengan banyaknya berlaku masalah pada hari ini seperti isu pasar Chabang Tiga, cukai pintu dan sebagainya ini sangat-sangat memerlukan sokongan padu masyarakat untuk memperjuangkannya,”ujarnya.
“Saya menyeru kepada seluruh penduduk di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dan masyarakat sekitar kawasan Kuala Terengganu,
“untuk sama-sama menghadirkan diri dalam program ‘PAS DUN Bandar Bersama Rakyat’ (BERKAT 1.0) pada 13 dan 14 Mei 2016 yang akan diadakan di perkarangan Pasar Chabang Tiga,”katanya.
Menurutnya BERKAT 1.0 amat penting bagi menyatulan masyarak bagi menuntut hak rakyat untuk kehidupan yang lebih baik.
Tujuan BERKAT 1.0 adalah untuk menyatukan hati masyarakat dan secara tidak langsung menyumbang kepada “mood” keseluruhan rakyat untuk melakukan perubahan di Negeri Terengganu.”
“Dengan adanya rakyat turun, akan menambahkan lagi solidariti, rasa kesatuan di kalangan kita untuk bersama PAS DUN Bandar memperjuangkan perkara yang membawa kepada kepentingan bersama,”tambah beliau