Berita Dan Wartawan Sangat Penting

1124

Oleh : Nabila

KUALA NERUS – Masyarakat khususnya orang Islam perlu menyedari bahawa ‘berita’ adalah satu perkara yang sangat penting.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (Terengganu) Sazali Mohd Noor berkata, perkataan ‘berita’ itu diungkapkan pada 86 tempat di dalam al-Quran, menunjukkan sangat mustahak.

“Berita adalah sangat penting dalam Islam, kerana itu, Allah SWT telah menyebutkan perkataan berita itu pada 86 tempat di dalam kita sucinya, al-Quran, Al-karim,”ujarnya.

IMG_20161023_030533Beliau berkata demikian ketika mengendalikan Bengkel Media Siri 1, PAS Kawasan Kuala Nerus di sini pada Jumaat 21 Oktober 2016.

Justeru itu, kata beliau, masyarakat perlu menghargai peranan penulis atau kini dipanggil sebagai wartawan yang mendengar, mencatat dan menulis serta menyebarkan maklumat yang benar.

“Setiap berita (yang ditulis) itu yang menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat adalah satu ibadat,

“wartawan (mereka yang) mendengar, mencatat dan menulis adalah sangat penting, kerana tanpa mereka, kita tidak dapat tidak akan dapat membaca hadis dan membaca al-Quran pada hari ini,”jelas beliau.

Seramai 20 orang perserta mewakili setiap DUN dan agensi dalam PAS Kuala Nerus menyertai bengkel itu.

Majlis perasmian penutupnya telah di sempurnakan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang.