Beri Tanah Tanggungjawab Kerajaan, Bukan Hadiah ‘Cabutan Bertuah’

2924

DUNGUN – Tanggungjawab sesebuah kerajaan adalah untuk memastikan rakyat mempunyai rumah atau tanah untu tempat tinggal dan bukannya dijadikan sebagai hadiah ‘cabutan bertuah’.

Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Expo yang dianjurkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu disifatkan kelakar dan ‘memperolok-olokkan’ orang ramai dengan menawarkan berbagai macam hadiah.

“Ni saya tengok expo dok ke kelakar…… expo Terengganu cabutan bertuah (hadiahnya) tanah satu lot rumah…….mu parti kerajaan,

”patut kena buat …..bukan cabutan bertuah (tapi) bagi terus (tanah)…….cari pluang rakyat nak memiliki tanah. Ini baru betul! bukan nya beri cabutan bertuah buat expo cabutan bertuah (hadiah) rumah,” jelasnya.

Tetapi kata beliau, ianya adalah munasabah, kalau sekiranya ia dibuat oleh PAS kerana ia bukan parti yang memerintah.

Yang Dipertua PAS Dungun berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Markaz Unit Peti Undi (UPU) Sungai Buaya, Isnin 26 Februari, disini.

Tegasnya, pemerintah wajib memikirkan kebajikan rakyat sepanjang masa bukan hanya sekadar waktu hampir pilihan raya.

Katanya, ‘Jualan Sentuhan Rakyat’ selama empat jam yang dibuat oleh BN tidak akan mengurangkan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat seanjang tahun, sekarang.

Justeru itu, kata beliau, rakyat perlu melihat pemimpin yang sesuai dipilih dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

”bukan (jangan) memilih pemimpin yang cakap lain (tapi) buat lain…….tengok ketika mana dekat dengan PRU (sahaja mereka) berjanji kepada rakyat untuk membela,jaga agama serta kebajikan rakyat,

“Dan bila kita sebut nak jaga kebajikan rakyat (mereka mestilah) nak buat rumah…..beri tanah….nak jaga kebajikan rakyat (dengan) tengok peluang pekerjaan. Jadi kita kena fikir untuk rakyat biar untuk rakyat (semata-mata),” katanya

Sehubungan itu, kata beliau, 80 % rakyat hari ini bercakap tentang kos sara hidup dengan peningkatan harga barang kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak sepadan dengan perbelanjaan.

Beliau kesal kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaa menarik balik peruntukan sebanyak RM 10 juta untuk membuat kajian berkaitan kos sara hidup.

“Sepatutnya peruntukan yang dicadang kalau boleh kajian (dibuat tentang) harga minyak,” tambah beliau.

Kenaikan harga berdasarkan mingguan, katanya, menyulitkan pengusaha dan pengguna,

“Dan pada hari (kenaikan) mingguan tiada sorang cara nak naik… naik.. nak turun… turunlah ikut pandai yang (yang) menyulitkan kehidupan rakyat,”ujar beliau.

Beliau berpendapat, kadar GST sebanyak peratus adalah sangat tinggi kerana katanya, orang miskin tidak mampu dan hanya berbelanja mengikut keperluan.