Beri Joran, Bukan Beri ‘Dana Politik

1873

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS  Memberi joran itu lebih baik daripada kita memberi ikan semata-mata, kerana joran akan memberikan peluang rezeki yang lebih, berbanding ikan.

Ketua Ameerah kawasan Kuala Nerus, Khairunnajjah Mohd berkata, kerajaan perlu melengkapkan infrastruktur bagi membantu golongan muda pada hari ini, bukan hanya mengagihkan dana-dana politik sahaja.

“jangan kita hanya memberi bantuan keperluan mereka kerana mereka akan menjadi malas dan sentiasa mengharapkan bantuan dari kita semata -mata tanpa  berusaha untuk memajukan diri sendiri.

“Kita hendaklah bantu  mereka melalui  kemahiran atau ilmu dalam sesuatu bidang supaya mereka berusaha memajukan diri mereka sendiri,

“kita  tidak mahu di ajar hanya  menerima duit  semata –mata seperti  ‘brim’  yang diperkenalkan oleh kerajaan”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui  selepas program Ziarah Pengundi Muda di DUN Bukit Tunggal pada Isnin 12 Jun.

Oleh itu kata beliau, Ameerah sediakan kemahiran seperti menyediakan kelas dan  mengajar orang muda termasuk cara pemasaran barang di alam maya.

“Kami merancang  untuk menaja beberapa orang golongan muda dari kawasan Kuala Nerus  untuk mengikuti  kursus menjahit,

“Hanya mereka yang betul-betul berminat sahaja akan dipilih dan kita akan cuba mencari bantuan untuk  menyediakan mesin jahit untuk mereka,” kata beliau.

Justeru, Ameerah mencadangkan agar kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya kepada lambakan graduan universiti, masa kini.

Beliau berkata, pihak kerajaan mesti  mengambil inisiatif dengan  menyediakan kemahiran  untuk  menjana  pendapatan untuk mereka sendiri.

“Jangan membiarkan golongan cerdik pandai negara kita terkapai-kapai selepas  tamat pelajaran,” tegas beliau.