SETIU – Penduduk Pulau Redang kesal kerana kehadiran Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said ke pulau percutian itu, gagal menyelesaikan masalah yang membelenggu para pekerja sebuah pusat percutian.
Menurut wakil penduduk, Idrus Md Amin, 49, sudah lama masalah dihadapi oleh para pekerjaTaras Beach Resort dengan pihak pengurusannya.


“mereka juga memaklumkan, ada memberitahu MB ketikaMB melawat baru-baru ini, tapi nampaknya tak dapat selesai,”ujarya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, pihak pekerja terbabit telah ‘berhimpun’ dihadapan pintu masuk ‘resort’ tersebut pada hari Jumaat 21 Mac lalu.


“Kita semua (mahu) mereka yang jahat keluar dari ‘Taaras’……….. (keluar dari ) Pulau Redang, kita nak ‘manager’……… 2, 3 , 4 ekor keluar dari ‘resort’ kita…………pasal jahat sangat,
“ya………..kita sedang lakukan sesuatu (berhimpun dihadapan resort).. …….. sebab ada 2, 3 orang manager sagat jahat,”tulisnya.





























