Berhati-hati, jaga aqidah sepanjang menunaikan ibadah haji

898

DUNGUN – Bakal-bakal haji yang akan menunaikan rukun Islam yang kelima itu pada tahun ini diingatkan supaya behati-hati ketika berada di tanah suci melaksanakan ibadah tersebut dan menjaga aqidah sepanjang masa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata bakal-bakal haji menjaga makan minum dan kesihatan sepanjang perjalanan yang pastinya akan enempuh pelbagai cabran dan dugaan dari Allah.

“saya menasihatkan bakal-bakal haji yang akan menunaikan ibadah tersebut pada tahun ini agar berhati-hati, jaga makan dan minum sepanjang perjalanan dan jaga kesihatan kerana haji adalah ibadah yang banyak menggunakan pergerakan,

“dan yang paling penting supaya menjaga aqidah, sentiasa berharap dan bertawakkal kepada Allah sahaja,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi beberapa bakal haji di dalam kawasan DUN Sura pada petang Ahad 15 September.

Sehubungan itu beliau berharap kerajaan dapat meneruskan rundingan dengan pihak berkuasa haji negara Arab Saudi bagi mendapat ‘kuota’ haji yang lebih banyak pada tahun hadapan.

Katanya, beliau menerima banyak aduan tentang bakal-bakal haji yang tidak dapat menunaikan ibadah tersebut akibat pengurangan kuota haji pada tahun ini.