Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul – Karyawan

1183

Oleh : NHA

MARANG – Tragedi yang melanda adik Haseef mengundang simpati masyarakat dan sumbangan serta perhatian tidak henti-henti diberikan, menggambarkan cakna masyarakat kepada beliau.

Anak yatim piatu yang telah kehilangan lima ahli keluarganya sekaligus akibat lemas di air terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, medapat pembelaan dari orang ramai.

IMG-20160105-WA0004 (2)“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun ziarah dan sumbangan yang kami berikan ini moga sedikit sebanyak dapat mengubat kesedihan mereka, ” ujar Pengerusi Karyawan Terengganu, Wan Rosmadi Wan Embong,

Beliau berkata demikian selepas menziarahi nenek Haseef di Bukit Tunggal, Kuala Nerus pada Ahad 3 Januari.

“Ziarah Karyawan kali ini bersama NGO We Care Marang. Ini merupakan antara program bersama kami dalam menjayakan misi kebajikan,” tambah beliau.

Sehubungan itu, Karyawan dan We Care Marang turut menziarahi keluarga Ustaz Abu Bakar Salleh yang baru kehilangan ayahandanya baru-baru ini.

IMG-20160105-WA0007 (2)“Ziarah kali ini juga kami bawa bersama rakan seni kita, iaitu Tengku Anis Suraya yang merupakan anak jati Terengganu. Turut serta dalam rombongan ziarah ini beberapa orang ahli Karyawan dan We Care Marang ”

“Kami mahu sentiasa dekat dengan masyarakat. Salah satunya adalah melalui ziarah. Karyawan bukan hanya fokus kepada bidang seni mahupun muzik, tetapi juga kebajikan dan kemasyarakatan”

“Saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada Wecare Marang yang sudi bersama kami. Karyawan amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan mana-mana pihak jika dapat memberi keuntungan kepada masyarakat,”jelas Wan Romadi.