Beliau berkata orang Islam boleh memakan sembelihan orang-orang Yahudi dan Nasrani tetapi haram memakan sembelihan orang yang telah murtad.
“kita boleh makan sembelihan orang Yahudi dan orang Kristian, (tapi) orang Islam yang murtad kita tak boleh makan sembelihannya, disini menunjukkan orang yang murtad lebih teruk daripada Yahudi dan Nasrani,
“orang (Islam) yang kata (kalau) laksanakan hukum Hudud jadi huru-hara, (jika) laksanakan hokum Hudud zalim (sedangkan) dia tahu (Hudud) adalah hokum Allah Ta’ala (menjadi) murtad, kita tak boleh makan sembelihan dia,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah mingguannya di masjid Rusila pada pagi Jumaat 6 Julai.
Ustaz Abdul Hadi yang membaca hadis -hadis berkenaan kemunculan Dajjal di muka bumi berkata, Dajjal adalah daripada bangsa Yahudi yang keluar dari sempadan antara Iraq dan Syam (Syria) (….. Israel??).
Katanya, apabila ia keluar, seramai 70,000 orang Yahudi dari daerah Isfahan, Iran akan menjadi pengikutnya dengan berpakaian seragam berwarna kelabu dan hitam.
Menurutnya , RasululLlah SAW bersabda, tidak ada bencana yang paling dahsyat berlaku di muka bumi sejak dari penciptaan nabi Adam hingga kepada hari kiamat.
“ketika dunia dalam keadaan kemarau, keluar Dajjal menzahirkan dirinya menggunakan sihirnya boleh menunjukkan perkara luar biasa boleh menyenangkan orang dan menyusahkan orang, (boleh) mengeringkan kampung dan menyuburkan kampung,
“kalau ikut dia (Dajjal) selamat (dan sesiapa) yang tak ikut dia (mendapat) susah, ini bencana yang sangat dahsyat, paling dahsyat sejak nabi Adam hingga hari kiamat,”jelasnya.
http://www.youtube.com/watch?v=gIizZN18eFo