Bekalan Pasir Tiada; Peniaga Dan Kontraktor Mengeluh

2542

KUALA TERENGGANU – Para peniaga bahan pembinaan dan kontraktor mengeluh kerana bekalan pasir agak sukar diperolehi khususnya di kawasan sekitar pinggir bandaraya Kuala Terengganu.

Keadaan itu, yang berlaku sejak beberapa bulan lalu, amat merungsingkan mereka yang terlibat dalam sektor pembangunan.

Azam Deraman, 51, seorang peniaga bahan binaan (Hardware) di kampong Padang Nenas berkata, sehingga kini, bekalan bahan penting untuk pembinaan bangunan itu, hanya boleh didapati daripada  pengeluar di  Telemong, Hulu Terengganu.

Azam Deraman

“bekalan pasir susah sekarang (hanya) ada di Telemong………(jaraknya) jauh, (mengakibatkan) kos bertambah dan banyak risiko,” ujarnya.

Beliau berkata, pasir yang diisi kedalam lori terpaksa disejat dahulu dan memakan masa satu ke dua jam sebelum boleh dibawa ke premis perniagaan dan sampai kepada pelanggan.

Menurutnya, masalah tersebut menyebabkan ramai peniaga bahan binaan  tidak lagi menjual pasir di kedai masing-masing.

“jadi masaalahlah…..semua tertumpu di situ (Telomong).. ..terpaksa tunggu giliran dan pasir tidak boleh bawa balik terus sebab basah dan menitik ke jalan raya.

“(kadang-kadang kena saman pulak kita dengan Trafik (Polis) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nanti,”  katanya merujuk kepada apa yang sedang dihadapi oleh kebanyakkan kedai Hardware kini.

Mohd Shahmie Mazlan

Sementara itu seorang lagi peniaga Hardware, Mohd Shahmie Mazlan mengakui beliau turut turut masalah yang sama, sejak hujung tahun lepas.

“permintaan (terhadap pasir) tinggi, orang nak buat rumah, binaan, memang perlukan pasir.

“Kalau tidak silap masalah ini bermula sejak bulan Disember tahun lepas lagi.” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Tanjung, Batu Rakit.

Beliau mengakui beliau terpaksa memenuhi permintaan pengguna yang memerlukan pasir dengan mendapatkannya daripada jauh, di Saujana, Permaisuri yang jaraknya hampir 100 kilometer dari kedainya

Ali Ismail

Sementara itu, seorang kontraktor,  Ali Ismail, 51, berpendapat masalah kekurangan bekalan pasir, perlu dipermudahkan oleh pihak yang berkenaan.

Ia adalah kerana katanya, ketiadaan bahan itu membabitkan pengguna dan bakal merencatkan pembangunan negeri yang telah dan bakal dirancang.

Justeru itu, mereka yang ditemui berharap pihak berkuasa kerajaan negeri dapat mencari alternatif yang baik bagi menangani masaalah tersebut, agar semua golongan mendapat manfafaatnya.