Oleh : Zainun Muhamad
KUALA NERUS – Rata-rata masyarakat kampung hari ini mengeluh dengan kenaikkan harga barang yang sentiasa meningkat lebih-lebih lagi ketika menjelang hari raya.
Apatah lagi, apabila mereka mendengar khabar bahawa sebanyak 60 item makanan akan turut dikenakan cukai sebanyak enam peratus.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, hampir keseluruhan masyarakat terutama kaum ibu meluahkan rasa tidak mampu dalam memenuhi persiapan bagi menghadapi musim perayaan.
“Terutama persiapan kelengkapan anak- anak menyambut hari raya terutama bagi mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai,
“Janji-janji pihak kerajaaan untuk mendahulukan rakyat marhaen sebenarnya telah mengikat batu ke perut mereka. Cukai GST yang dikenakan oleh pihak kerajaaan betul- betul membebankan rakyat jelata”, katanya.


Buat julung kalinya program seumpama ini diadakan di institusi Pasti yang berada dalam dun Bukit Tunggal bahkan seluruh kawasan Kuala Nerus.
“Program keraian dan menyampaikan sumbangan kepada para guru, pelajar, ibu bapa , staf pentadbiran Pasti dan masyarakat setempat ini sepatutnya dijadikannya contoh pada Pasti-Pasti yang lain,
“PAS cuba membantu mengatasi kesusahan rakyat dengan berbagai jalan dan cara demi untuk menceriakan hati mereka menghadapi hari raya ini,
Menurut beliau, kebiasaannya majlis sebegini dianjurkan dengan kerjasama badan -badan kebajikan ataupun dibantu oleh ahli jawatankuasa cawangan.
“Tahniah kita ucapkan kepada pihak pentadbiran dan semua warga Pasti diatas kejayaannya,
“Sumbangan hari ini terdiri dari barangan keperluan harian dan sedikit wang bagi membantu mereka menghadapi hari raya tak lama lagi”, jelasnya.





























