Saya harap pembatalan kontrak ECRL dgn CCCC bukanlah bererti projek yang telah dirancang berkenaan dimansuhkan begitu sahaja.
Sebelum PRU14 lagi PAS berpandangan projek ECRL ini bagus untuk memangkinkan pembangunan wilayah timur semenanjung tetapi PAS tidak dapat menerima kos projek yang terlalu tinggi dan menjolok mata jika dibanding kos projek yang serupa dilaksanakan di negara lain pada kos yang jauh lebih murah.
Menteri Ekonomi Dato Seri Azmin Ali memaklumkan keputusan penamatan setelah CCCC tidak dapat menurunkan kos kepada RM40Billion seperti diminta kerajaan dan kerajaan pula perlu menanggung kos faedah setengah billion ringgit setiap tahun yg sangat besar kesannya kepada ekonomi negara.
Atas kedua dua alasan ini saya kira kerajaan telah mempamerkan usaha untuk mengekalkan perbincangan dgn CCCC sehingga tiada lagi titik persetujuan dicapai.
Saya berharap dengan kenyataan DS Azmin mengalukan pelaburan lain dalam melaksanakannya membuka jalan kepada alternatif lain dalam menjayakan projek berimpak tinggi ini yang sangat penting untuk seluruh wilayah timur.
Saya meminta agar selain kadar faedah setengah billion setahun dari aturan dgn CCCC, kerajaan perlu ‘transparen’ mendedahkan berapa kah jumlah kos yang telah dibelanjakan setakat ini ke atas projek ECRL dan berapakan jumlah pampasan yg perlu dibayar atas pembatalan kontrak dgn CCCC ini dan siapakah penerima penerima pampasan ini dan berapa jumlahnya setiap satu.
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGGANU
26 JANUARI 2019





























