Barang Ganti Wang; Maidam Perlu Teliti Keperluan Penerima Zakat

2414

MARANG – Kerajaan negeri Terengganu diminta mengkaji dengan lebih mendalam rancangan mengagihkan zakat dengan memberikan barang keperluan disebalik agihan wang seperti dahulu kerana bimbang berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

Menurut Ketua Penerangan PAS negeri Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, pengagihan barangan mungkin akan dimonopoli oleh sesetengah pihak dan sekaligus menimbulkan perbalahan di kalangan mereka yang tidak terpilih untuk membekalkan barangan tersebut.

Selain itu, katanya, wang dilihat sebagai medium yang lebih memudahkan penerima zakat bagi menyelesaikan lebih banyak masalah keperluan mereka berbanding barang-barang keperluan.

“kalau beri barang…..ada pembekal barang, mungkin akan berlaku ketidakadilan dalam proses membekalkan barang itu, lebih baik beri wang macam sebelum ini kerana sifat wang itu lebih mudah,

penerima zakat“penerima zakat boleh berbelanja mengikut keperluan masing-masing,”ujarnya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk laporan akhbar yang menyatakan, kerajaan Negeri Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengumumkan untuk memperkenalkan cara baharu pengagihan zakat kepada asnaf-asnaf.

Lapora tersebut menyebut, pengagihan zakat dahulu dalam bentuk wang akan digantikan dengan cara menyediakan barangan keperluan kepada lebih 2,000 orang penerima mulai awal tahun ini.

Kerajaan juga melantik seramai kira-kira 70 orang pembekal bagi mengagihkan bantuan tersebut disetiap daerah di Terengganu, yang mana negeri Terengganu mempunyai tujuh daerah.

Mengulas lanjut, belau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong berkata, peningkatan kos boleh berlaku terhadap barangan yang ditawarkan menyebabkan penerima zakat tidak menerima nilai yang sepatutnya.

Katanya, pembekal akan mengambil kira kos pengangkutan dan kos buruh apabila mereka juga menjadi penghantar barangan ke rumah-rumah penerima zakat.

“Kita bimbang harga akan jadi lain apabila sistem ini dilaksanakan………barangan keperluan yang dibekalkan makin menjadi mahal, kos pengangkutan…..kos buruh……..siapa yang akan tanggung,

“akhirnya penerima zakat tidak mendapat nilai sebenar, ini perlu dielakkan kerana tidak kena dengan syariat,”jelasnya

Selain itu, beliau berkata, 13 barang keperluan seperti yang dinyatakan, sudah pasti tidak menjadi keperluan kepada semua walaupun kerajaan cuba untuk berbuat demikian dan kemungkinan pembaziran berlaku itu ada.

Katanya, Mungkin sesetengah lebih memerlukan lebih wang bagi belanja sekolah anak, yuran itu dan ini serta pelbagai keperluan lain yang semakin menggila kenaikkannya, jadi mereka boleh tambah belanja dengan wang itu.

“Saya juga bimbang ini hanya projek untuk memberikan keuntungan lebih kepada peniaga-peniaga yang terpilih bagi memastikan keuntungan tetap mereka setiap bulan.

“Jumlah RM 1 juta sebulan itu banyak, dan apabila dibahagikan dengan 70 orang peniaga terpilih setiap daerah, maka peniaga-peniaga terpilih ini akan mendapat kira-kira RM2000 sebagai pendapatan tetap sebulan,” ujar beliau.

Beliau juga mempersoalkan tentang kualiti barangan yang akan diberikan kepada penerima, sebagaimana aduan yang pernah dibuat terhadap pembebekal barangan oleh Kedai Rakyat 1 Malaysia.

Oleh itu beliau menggesa agar kerajaan kembali semula kepada cara lama iaitu mengagihkan wang tunai kepada penerima-penerima, supaya asnaf-asnaf itu boleh memanafaatkannya mengikut keperluan mereka dengan lebih tepat.

“Walaupun pengagihan ini tidak melibatkan semua wang zakat penerima tetapi kita percaya pembahagian wang itu lebih baik,” kata beliau.