Bapa anggap hukuman Mohd Safuan ‘biasa saja’

1011

MARANG – Mohamad@ Nordin tidak merasakan anakya Mohd Safuan melakukan kesalahan besar apabila pihak mahkamah menjatuhka hukuman bersalah kerana menyebabkan kerosakan kepada kereta peronda polis dan mencederakan polis ketika perhimpunan Bersih 3.0 berdekatan dengan Sogo tahun lalu.

Menurut Mohamad@Nordin dalam keadaan ‘berbolok’ (kelam kabut) semasa himpunan tersebut, mana-mana orang pun akan rasa marah apabila tiba-tiba sebuah kereta polis tiba-tiba meluru, melanggar orang.

“saya tak rasa apa-apa pun (dengan hukuman itu)………macam biasa saja………pakcik tak apa-apa, pakcik redha, sudah ketentuan Allah apa nak buat,”ujarya ketika ditemui.

IMG-20130915-WA0030Mohd Safuan, yang dijatuhkan hukuman RM5500 dan penjara dua tahun miggu lalu kini berada di rumahnya sementara menunggu ‘proses’ rayuan setelah mahkamah membenarkan permohonan peguambela Safwan untuk menangguhkan hukuman sehingga selesai proses rayuan.

Apabila ditanya tentang ‘taggapan’ masyarakat sekeliling dan saudara mara, Mohamad@ Nordin berkata tiada masalah dengan masyarakat dan saudara mara malah mereka turut menzahirkan simpati dan memberi sokongan moral.

Beliau berharap agar pasukan pembela berjaya dalam rayuan mereka untuk meringankan hukuman keatas anaknya.

Sehubungan itu, kes Mohd Safuan mendapat perhatian, kerana ketika beliau dijatuhkan hukuman, anggota-anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Dewan bandaraya kuala Lumpur (DBKL) yang disahkan menjadi punca ‘huru-hara’ tidak diambil apa-apa tindakan.

Satu laporan panel yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat keganasan polis terhadap perhimpunan Bersih 3.0 mengesahkan polis menggunakan kuasa yag berlebihan terhadap para peserta Bersih 3.0 sehingga menyebabkan kekacauan berlaku.

Panel yang diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar itu juga turut menyalahkan DBKL kerana ‘alasan rapuh mereka’ tidak membenarkan peganjur perhimpunan menggunakan Dataran Merdeka untuk himpunan itu.

Sebuah portal berita ‘The Malaysian Insider’ dalam laporannya pada 12 Julai lalu turut menukilkan, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) turut menyumbang kekecohan yang berlaku semasa Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 kerana meghetikan keretapi milik kerajaan daripada memasuki Bandaraya Kuala Lumpur.