Banyak Negara Umat Islam Haramkan Sambut Tahun Baharu Masehi

921

Banyak negara-negara umat Islam menolak sambutan tahun baharu kerana menurut ulamak, sambutan itu bercanggah dengan Islam.

Di Daghestan dan Azerbaijan, beberapa pergerakan Islam mengeluarkan kenyataan mengharamkan sambutan itu.

Mereka juga mengisytiharkan sambutan itu bukan sebagai cuti umum.

Di Arab Saudi, Okaz daily melaporkan, Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar atau Mutawaa mengeluarkan fatwa supaya orang ramai tidak meraikan sambutan itu.
“Saudi mengikut kalendar Islam, bukan kalendar Gregorian” katanya.

Menurut kenyataan Ketua Mutawaa Abdulatif Abdulaziz al-Sheikh, larangan itu dibuat bagi mengelakkan maksiat dan menjaga aurat.

sambutan tahun baru jakartaDi Indonesia, polis merampas ribuan mercun dan membuat pemeriksaan di kafe dan hotel selepas pihak berkuasa Banda Aceh mengharamkan sambutan tersebut buat kali pertama.

[Gambar – Atas; Polis Aceh membuat rondaan, Kanan; Sambutan tahun baru di Jakarta]

Sebaliknya, pemerintah Kota Banda tidak melarang warga non muslim merayakan tahun baru, namun perayaan tidak boleh dilakukan dengan kegiatan hura-hura seperti menyalakan bunga api dan meniup trompet.
Pegawai polis Reza Kamilin berkata, operasi itu dilakukan bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan tersebut.

“Tiada aktiviti sambutan tahun baru. Pengharaman dibuat bagi melindungi moral orang ramai,” katanya, menurut laporan Agensi.

Polis di wilayah Aceh yang mengamalkan pentadbiran syariah, juga telah merampas ribuan mercun dan terompet kadbod selepas pihak berkuasa untuk kali pertama mengharamkan sambutan Tahun Baharu.

Serbuan dijalankan malam tadi di gerai-gerai dan kedai yang menjual barangan tersebut.

Ia bagi memenuhi fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Ulama bahawa sambutan Tahun Baharu atau mengucapkan “Merry Christmas” sebagai haram di sisi Islam.

Kerajaan Banda Aceh mempertahankan fatwa itu dengan turut mengharamkan sambutan Tahun Baharu di bandar ini.

Menjelang Pengantian Tahun Baru Masehi 2014, di Wilayah Aceh Utara, polis telah melakukan rondaan sebagai pencegahan pelanggaran syariat tersebut

Komandan Polis Syariah, T. Mursalin berkata rondaan yang dilakukan pihaknya, untuk mencegah terjadi perayaan tahun baru masehi bagi umat islam.

Ia juga bagi mencegah pelanggaran syariat islam khususnya kaum muda mudi, yang kerap terjadi dalam perayaan ambang tahun baru.

“Untuk melakukan pengawasan dan pemantauan kegiatan masyarakat khususnya muda-mudi Kita akan melibatkan semua tempat dalam Kota Panton Labu, Lhoksukon dan Dewantara, mereka akan memantau serta melakukan rondaan di wilayah masing-masing yang disyakki terjadi maksiat, ” kata T. Mursalin.

“Kita himbau masyarakat untuk tidak euforia, pada saat pengantian (ambang) malam tahun baru, seperti membakar lilin,mercun, dan lainnya. Kerana kegiatan seperti itu bukan suatu rangkaian umat Islam , sebab budaya itu sangat betentangan dengan syariat islam,” terang T.Mursalin.

Namun begitu, pemerintah Kota Banda tidak melarang warga non muslim merayakan tahun baru, tetapi sambutan perayaan tidak boleh dilakukan dengan kegiatan hura-hura seperti menyalakan bunga api dan meniup trompet.