Bantuan Bina Dan Baiki Rumah Boleh Dipohon Sekarang

59400

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Peruntukan bantuan bina baru dan baiki rumah boleh dipohon oleh golongan tidak berkemampuan mulai sekarang di pejabat DUN masing-masing, demgan syarat mempunyai tanah sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata, terdapat juga bantuan dari agensi lain termasuk dari Majli Agama dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAM) yang turut diuruskan oleh wakil-waklil rakyat.

Oleh itu beliau merasa amat sedih kerana tanah yang pernah kerajaan PAS 1999-2004 berikan kepada rakyat, sebaliknya dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)

“Saya cukup sedih ketika PAS memerintah dahulu kita ambil satu perjalanan beri tanah pada rakyat untuk dijadikan tapak rumah tetapi dirampas kembali oleh pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN),

“dan sekiranya peruntukan untuk buat rumah ada tetapi tanah tidak ada maka tidak diluluskan juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang isu-isu semasa di pejabatnya Tingkat 6 Wisma Darul Iman pada Khamis, 24 mei.

Katanya, kerajaan PAS mempunyai tawaran penting menyediakan dan memastikan rakyat Negeri Terengganu yang berumur 21 tahun memiliki sebuah kediaman.

“Kita boleh minta dengan peruntukan pihak MAIDAM untuk bina rumah yang percuma dan tidak berbayar,

“dan terus bagi peruntukan bukan pinjaman rumah dari segi size 760 kaki persegi untuk tiga bilik rumah standart Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dalam harga RM40 ribu,

“untuk memastikan mereka berumah tangga supaya mereka duduk di rumah mereka sendiri,” ujarnya.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu itu, banyak program kerajaan yang sedia ada dibawah peruntukan wakil-wakil rakyat sendiri contohnya ‘Perumahan Ku Sayang’ bawah kawalan peruntukan daripada Pejabat Daerah tapi dikendalikan oleh wakil rakyat.

“Kita boleh bagi peruntukan untuk bina rumah baru iaitu rumah PPRT tanpa bayaran dan kerajaan akan tanggung tapi kena ada tanah,

“serta mendapat keizinan daripada tuan tanah ini kita akan buat di DUN masing-masing,”jelasnya.

Tambah Dr Alias lagi, ini adalah satu komitmen kerajaan PAS bermatlamat mahu bantu rakyat dan dapat rakyat dapat kecapi tawaran Manifesto PAS yang bukan sekadar iklan di bibir mulut sahaja

“Rumah kos rendah percuma dibina SDDC dan diagih kepada mereka yang layak tetapi berbayar kepada SEDC (PERMINT),

“pemilik rumah tersebut bayar bulanan sebagai sewa dengan sekitar RM 200 hingga rm 300 sebulan,

“dan syarikat swasta ada buat banglo serta rumah kos sederhana tetapi ada syarat setiap projek swasta kena ada rumah kos rendah tapi yang dijual,” katanya.

Selain daripada itu, beliau berkata, sekiranya rakyat tidak layak buat pinjaman bank, mereka boleh buat pinjaman tabung perumahan rakyat yang kita sedaikan RM 50 juta setiap tahun.

“Dan PAS mahu selesai secara teratur dan mahu membantu golongan yang betul-betuk susah yang tidak mampu memiliki rumah sendiri,” tegasnya