Bantah Aktiviti Pembalakan Hutan Simpan

3877
Antara kawasan hutan simpan yang ditebang sebelum ini dengan alasan membuka lombong bijih besi

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi membantah aktiviti pembalakan Hutan Simpan Sungai Lutong, Kampung Tepus yang akan memberi kesan kepada penduduk sekitarnya.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman berkata, beliau memandang serius perkara ini kerana sebahagian penduduk masih bergantung dengan bekalan air bukit.

“Aktiviti pembalakan ini akan memusnahkan kawasan tadahan air hujan,

“dan akan merencatkan keindahan serta kecantikan Bukit Besi yang terkenal dengan flora dan fauna,” katanya.

‘Balak hanyut’…….kesan penebangan balak dalam DUN Bukit Besi

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Rabu, 1 Ogos.

Katanya, tindakan bantahan tersebut relevan kerana usaha kerajaan Negeri yang ingin menjadikan Bukit Besi sebagai sebuah tempat Agro Pelancongan yang terkenal.

“Kita tidak akan biarkan pembalakan ini dijalankan dengan sewenangnya,

“agar keindahan dan kecantikkannya akan kekal terpelihara dan terjaga,” ujarnya.

Menurutnya, pihak kerajaan aka mengambil tindakan secara drastik
demi menjaga manfaat penduduk setempat.

Justeru,Haji Ghazali akan menghantar surat kepada Pejabat Hutan Terengganu Selatan agar kegiatan tersebut diambil tindakan yang sewajarnya.