Para dermawan yang dikasihi, ekoran bencana banjir yang menimpa kebanyakan daerah di Terengganu, DPPNT memohon jasa baik para dermawan untuk menyumbangkan beras kampit 5kg sebanyak 1500 kampit. Usaha ini akan dioptimumkan dalam tempoh tiga hari bermula hari ini (Isnin).
Sehubungan dengan itu, pihak kami membuka pakej sumbangan ini samada sumbangan secara wang tunai bernilai RM 10.00 atau beras kampit 5kg.
Sumbangan wang ringgit boleh disalurkan ke akaun Maybank, Dana Taawun DPPNT (563064113873).
Pihak tuan/puan boleh hubungi pihak kami melalui talian 0162115591 (Hishamuddin) atau 0139229463 (Nasir) atau 0199389884 (Ramlan).
Sumbangan beras kampit boleh disalurkan terus di kaunter Bantuan Mangsa Banjir di hadapan Pasar Batu Enam yang dikelolakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerus.
Sekian, terima kasih.
YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim
Timbalan Ketua DPPNT
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh
22 Dis 2014
Pusat Sumbangan Bencana Banjir Pantai Timur Di Buka 24 Jam
Bencana banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, & Pahang semakin memburuk. Dilaporkan pemindahan mangsa banjir kian meningkat & kerosakan harta benda akibat banjir semakin kritikal.
Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS WP, berasa terpanggil untuk memberi bantuan dan sumbangan bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir. Justeru itu, Jabatan Amal WP mengambil tanggungjawab membuka Pusat Sumbangan Bencana Banjir Pantai Timur bertempat di Darul Amal yang beralamat, No. 21, Jalan Pria, Taman Maluri, 55100, K.L. Pusat sumbangan ini bagi memudahkan warga kota dan warga lembah klang yang pemurah untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan.
Jabatan Amal WP, memfokuskan kepada pengumpulan barang-barang makanan, keperluan bayi dan kanak-kanak, keperluan wanita, selimut dan toto. Keperluan ini sangat mendesak dan diperlukan oleh mangsa banjir. Para penyumbang juga boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk kegunaan melaksana misi banjir, ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Jabatan Amal Malaysia DPPWP, nombor akaun 14014010133695.
Para penyumbang boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lanjut. Ridzuan (017-3305232), Ghazaly (012-2569201), dan Rone (017-2552775).











