Menurut jurucakap penduduk terbabit, Shalahuddin Jaafar, mereka berbuat demikian kerana banjir yang melanda bukan bencana semulajadi tetapi ‘mengejut’ akibat benteng empangan Paya Peda yang dipecahkan oleh kerajaan.
“kita bagi pihak penduduk sini agak terkilan dengan apa yang berlaku melibatkan hampir keseluruhan (penduduk), melibatkan 230 buah rumah yang mana kita lihat kerugian (antara) RM5,000 (hingga) RM10,000,
“ada yang lebih daripada 10,000 hasil daripada tinjauan kita di rumah penduduk di Kampung Padang Bual ini,”ujarnya selepas mengagihkan bantuan berupa makanan keperluan harian dan pertemuan dengan penduduk Kampung tersebut semalam, 26 Disember.
Menurutnya, premis yang terlibat dengan perniagaan pula melibatkan melibatkan kerugian antara RM20,000 hingga RM30,000 bahkan ada nilai barangan yang beratus ribu musnah akibat banjir yang berlaku secara mengejut.
Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga penduduk di Kampung tersebut yang berani bagkit dan bersatu mewujudkan satu jawatankuasa untuk menuntut ganti rugi kepada pihak yang berkenaan.
“saya (ucap) tahniah dan syabas kepada warga penduduk di sini kerana bersatu mewujudkan satu jawatankuasa untuk menuntut ganti rugi dan kita mendesak kepada pihak berkenaan supaya memberi perhatian yang serius di atas kerugian yang berlaku kepada penduduk-penduduk ini,”ujarnya
Berita sebelumnya;
Empangan Pecah; Banjir Hulu Besut Semakin Teruk
Pecahkan Empangan; Umno-BN Sabotaj Rakyat
>>Berita lanjut Menyusul>>




























