Catatan terkini menunjukkan, daerah kelahiran Menteri Besar Terengganu, Kemaman paling teruk dilanda dengan 4027 orang menjadi mangsa.
[Gambar :Kawasan Perumahan Gong Pauh dan bandar Cukai dinaiki air pada tahun ini, menurut Haji Hanafiah Mat ia tidak pernah dinaiki air sejak beliau tinggal disitu 17 tahun lalu]
Maklumat Jalan Terputus Jam 12.30 Tengahari
Negeri Terengganu hampir terputus hubungan dengan dunia luar apabila sebanyak 6 Jalan Persekutuan dan 18 Jalan Negeri dinaiki air banjir daripada keseluruhannya yang melibatkan 7 daerah dalam negeri
Lima (5) Jalan Persekutuan dan Tiga belas (13) Jalan Negeri yang terlibat dengan Banjir
JALAN PERSEKUTUAN
Di Hulu Terengganu Jalan Bukit Diman – Felda Tersat Jalan ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Utama Mengkawang – Tersat Jalan ditutup kepada semua kenderaan kedua-duaanya dinaiki air 1 – 1.5 meter
Di Daerah Besut, Jalan Gong Kedah Jalan ditutup kepada semua kenderaan, kerana paras air masih ketinggian 0.5 m
Di Daerah Kemaman Jalan Felda Neram 1 Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 0.3m Jalan Chukai – Air Puteh Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air : 1 m


Di Daerah Setiu Jalan Sungai Tong – Pelong Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 0.6 m Jalan Permaisuri – Hulu Seladang Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 0.6m Jalan Permaisuri – Hulu Seladang Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 0.6 m
Daerah Hulu Terengganu Jalan Matang / Nibong / Kuala Telemong Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 0.6m Jalan Kg. Kejil – Kg.Bukit Perah Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 2m Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 2m
Di Daerah Besut Jalan Jerteh/Pasir Akar – Keruak Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 1m Jalan Jabi/Oh/Pasir Akar Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 0.5m
Di Daerah Dungun Jalan Tepus – Kuala Jengai Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 0.3m
Di Daerah Kemaman Jalan Teladas ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 0.7m Jalan Kemasik/Air Jernih/ Ibok / Paman Jalan ditutup kepada semua kenderaan.Paras air: 0.6m Jalan Kerteh – Batu Putih Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 0.6m Jalan Kijal / Chengal Besar / Pondok Lim Jalan ditutup kepada semua kenderaan. Paras air: 0.6m Jalan Pelatoh (Kg. Pelatoh) Jalan dibuka kepada kenderaan berat sahaja. Paras air: 0.2m




























