Bangunan Didirikan Tanpa Kelulusan; PAS Akan Buat Laporan Polis Esok

1816

In shaa Allah PAS Kawasan Hulu Terengganu akan membuat satu ‘repor’ (laporan) polis di balai polis Kuala Berang esok pagi (3 Januari 2017), lebih kurang pukul 10 pagi untuk buat satu aduan kepada pihak polis berhubung dengan satu maklumat yang mengatakan satu bangunan hotel tujuh tingkat dan satu blok rumah kedai yang mengandungi 30 unit rumah kedai akan didirikan di tapak ‘parking’ masjid Sultan Mahmud Kuala Berang.

binaan haram K Berang3Kita mendapat maklumat bahawa pembinaan ini tidak mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu. Urusan pelan belum diperolehi, tetapi kerja-kerja awal telah dimulakan. Dan saya akan membuat report polis ini untuk minta supaya pihak polis menyiasat.

Sekiranya berita ini benar, kita minta segala kerja-kerja ini dihentikan, sehingga kelulusan plan, kelulusan pembangunan diluluskan oleh pihak kerajaan.

Kita bimbang dengan pembinaan tanpa kelulusan ini akan menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini kemudian.Samada dari segi runtuh bangunan, dari segi kesan kepada masjid dan sebagainya.

binaan haram K Berang1Jadi In shaa Allah saya jemput orang ramai untuk turun bersama saya esok lebih kurang pukul 10 pagi di balai polis kuala Berang untuk sama-sama memberi sokongan untuk Kita buat satu report polis berkenaan perkara yang saya sebut tadi.

Terima kasih.

Haji Muhyiddin Andul Rashid
Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu.

https://youtu.be/ehe4qlVacWk