Balu Pesakit Kanser Terima Rumah ‘Baiti Jannati’

1567

Oleh : Suzana G

DUNGUN – Puan Junida Ab Rahman dari Felda Kerteh 1, dekat sini mengucapkan terima kasoh kepada PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka kerana telah membina sebuah rumah untukknya.

Beliau merupakan ibu tunggal, membesarkan lima orang anak, apabila suaminya allahyarham Mohd Padli Abd Jalil meninggal duna kerana penyakit kanser.

IMG-20160328-WA0057“saya bersyukur sangat, terima kasih kerana PAS (DUN Paka) sudi bantu buatkan rumah untuk saya……..kalau nak harapkan saya sendiri tak merasa kerana tak mampu,

“sedih mengenagkan nasib sayasejak suami meninggal dunia,”katanya.

Rumah ‘Baiti Jannati’ yang disiapkan oleh Markaz Ehsan DUN Paka, bernilai kira-kira RM40,000 telah diserahkan kepada beliau oleh ADUNnya Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Ustaz Satiful berkata, Puan Junidah telah kehilangan tempat bergantung dan menyara kehidapannya enam beranak dengan menjual kuih.

“beliau telah kehilangan tempat bergantung…………suaminya meninggal dunia dan sekarang membesarkan anak-anak seramai 5 orang,

“dengan hanya menjual kuih-muih untuk menampung kehidupan,”ujarnya.

IMG-20160328-WA0061Katanya, beliau sempat menziarahi arwah Padli di rumah sewanya pada saat akhir sebelum meninggal dunia.

Sejak pemergian suaminya, kata Ustaz Satiful, Junida menumpang tinggal tinggal di rumah mertuanya.

Oleh itu, kata beliau, PAS Paka yang melihat, ia menepati kriteria yang ditetapkan, telah berbincang dengan keluarga mertua Puan Junida dan beliau mengizinkan sebuah rumah didirikan dibahagian belakang rumahnya.

“Markaz Ehsan DUN Paka mencari barang-barang (pembinaan) dan rumah itu dibina secara konsep gotong royong.

“Alhamdulillah, dengan itu beliau sekeluarga dapat berlindung dari panas dan hujan, menetap di rumah sendiri,”jelasnya.

Justeru itu, beliau mengucaokan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang bagi projek ‘Baiti Jannati’, usaha untuk membantu mereka yang dhaif bagi memiliki rumah sendiri.

Pembinaan rumah ‘Baiti Jannati’ diusahakan oleh Markaz Ehsan DUN Paka dan kini sudah berjumlah sebanyak 14 buah rumah yang dibina dalam kawasan DUN Paka.