Bajet ‘Panadol Actifast’

1081

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Bajet 2018 yang dibentangkan oleh PM petang semalam disifatkan sebagai bajet ‘Panadol Actifast’, sakit hilang sekejap tetapi merana sepanjang tahun.

ADUN Cukai, Hanafiah Mat berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini, malam tadi.

“Pembentangan Bajet 2018 hari ini tidak ubah seperti seorang tok bomoh berubat pesakitnya.

“Segala penyakit penyangkal, kudis gatal, dari laut pulang kelaut, ambilah dikau secebis bungkusan buat hari esok”, kata beliau.

Menurutnya, bajet 2018 yang dibentangkan juga adalah umpama alat solek yang tidak akan tahan lama.

“Tok batin dan ketua kampung dipuja diberikan imbuhan namun rakyat jelata ditekan dengan kenaikan kos kehidupan yang melampau manakala harga minyak saban minggu naik.

“Bayaran bonus yang menjadi impian penjawat awam hanyalah gincu merah menyala dibibir gadis, terkena air pudarlah ia” tambah Hanafiah lagi.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman menzahirkan rasa simpati kepada rakyat untuk menghadapi cabaran hari mendatang kesan dari bajet 2018 ini.

Sementara itu, anggota Badan Perhubungan PAS Terngganu Dr Azman Ibrahim mempersoalkan keupayaan kerajaan dalam memenuhi semua ‘habuan’ bajet yang dibentangkan.

Beliau secara sinis berkata, istilah yang paling tepat untuk pembentangan ‘puluh bilion sana, belas bilion sini dan ratus juta sana, puluh juta sini dengan panggilan bajet ‘wow’.

“ia benar-benar menjadikan bajet ini berkualiti tahap wowww!! Inilah bajet PRU!

“Tapi nak tanya sikit, dengan segala nilai wow yang dibentangkan tadi, duit dah ada atau nanti rakyat akan kena tekan macam-macam untuk kerajaan nak dapat duit bagi menampung keperluan wow ini?,” soal beliau.

Bajet Beratus bilion dibentangkan Perdaba Menteri Dato’ Seri Najib semalam, meletakkan segala-galanya dari rancangan untuk membina lapangan terbang baharu, MRT2, MRT3, keretapi laju ke Singapura, sehingga kepada segala aneka ragam.

“Nama Jeruk Pak Ali dan Telekong Siti Khadijah turut disebut. Kak Wan peserta Amanah Ikhtiar turut diundang ke Parlimen,” katanya, jengkel.