Bajet Kementerian Dipotong, Rosmah Tetap Mewah

1743

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KEMAMAN – Pembentangan bajet 2017 di Parlimen menyaksikan hampir semua peruntukan di kementerian-kementerian telah dipotong, seolah-olah kerajaan kekurangan wang.

Namun begitu, menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang, Hajah Zailah Mohd Yusof, pada masa yang sama isteri Perdana Menteri, Rosman Mansor tetap berbelanja mewah.

zailah kemaman1“Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM262.8 billion untuk belanjawan 2017, tetapi hampir semua peruntukan kementerian-kementerian dipotong terutamanya Kementerian Pendidikan,

“tetapi dalam pada itu perbelanjaan dan kemewahan Rosmah tetap amat luarbiasa,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pentas Muslimat di Dewan Purnama, Bangunan PAS Kawasan Kemaman pada Jumaat, 25 November di sini.

Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan menambah, “Tahun lalu kerajaan mengutip GST sebanyak RM40 billion, tetapi peruntukan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BRIM) hanyalah RM8 billion sahaja dengan penerima seramai 7 juta orang.”

Beliau juga memberitahu bahawa pembentangan pindaan Rang Undang-Undang 355 ditangguhkan di Persidangan Parlimen pada Mac 2017 akan datang.

khidmat mulimat kemamanBeliau melihat ada peluang baik waktu itu ianya diluluskan, memandangkan pelantikan Yang DiPertuan Agong baru akan dibuat.

Pada majlis yang sama, YB Hajah Zailah turut melancarkan Skuad Khidmat Muslimat PAS Kemaman.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Muslimat PAS Terengganu yang juga mewakili Skuad Khidmat Muslimat PAS Terengganu yang diketuai Hajah Hazezah Mohd. Zin