Mengikuti bajet yang dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan, kami sangat kecewa kerana hanya 60 patah perkataan sahaja bagi mengambar sikap kurang prihatin dan cakna terhadap warga Felda.
Dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM810 juta ianya tidak mengembirakan 112,635 peneroka serta 2 juta warga Felda.
Daripada peruntukkan RM810 juta, perbelanjaan bajet ini di agih kepada lima kluster tertentu sahaja.
Bagi program meningkatkan pendapatan peneroka, hanya 11,600 peneroka terlibat sedangkan jumlah keseluruhan peneroka 112,635 orang dengan peruntukkan RM250 juta. Kenapa hanya sebahagian kecil? Bagaimana dengan 101,035 peneroka lagi.
Penghapusan kira faedah pinjaman peneroka dengan peruntukkan RM300 juta juga menimbulkan pertanyaan item hapus kira faedah pinjaman dari akaun pembangunan tanam semula atau akaun pinjaman sosial ,( baiki rumah dan pinjaman lain. Jika dari akaun pembangunan ladang peneroka apakah penghapusan kira ini hanya melibatkan faedah 6.25 peratus yang dikenakan sebelum ini?
Berkait dengan perutukkan RM100 juta bagi bekalan air, ianya sangat dialukan bagi menyelesaikan masalah di sesetengah tempat yang menghadapi isu ini sejak sekian lama.
Sangat mengejutan apabila kerajaan hanya memperuntukan RM70 juta sahaja untuk perumahan generasi Felda bagi tahun 2020 sedangkan isu ini sangat kritikal dengan anggaran RM1 bilion diperlukan.
Manakala peruntukkan untuk menaik taraf jalan dan infrastuktur asas di kawasan Felda adalah perbelanjaan biasa dan tiada yang dapat dibanggakan.
Justeru kami menyifatkan bajet bagi warga Felda tidak menggambarkan keseriusan kerajaan Pakatan Harapan mengimbangi dan membawa warga Felda kearah kehidupan yang lebih baik.
Tiada usaha penghapusan hutang peneroka yang mencecah RM7.5 bilion dan tiada peruntukan kursus untuk membantu peneroka menghadapi situasi pendapatan yang mengucup akibat dari harga sawit yang tidak stabil berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Naraza Muda
Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI)
12 Oktober 2019