Baiki Segera Lif Rosak Di PPR Padang Hiliran

3888

KUALA TERENGGANU – PAS Kuala Terengganu menggesa kerajaan membaiki segera kerosakan lif yang berlaku di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Padang Hiliran yang telah berlaku sejak Ramadan lalu.

20160721_112640Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerosakan yang berlaku pada ketiga-tiga blok rumah pangsa setinggi 17 tingkat tersebut telah menyukarkan kehidupan seharian penduduknya.

“penduduk di situ membuat aduan kepada kami, mengadu bahawa kawasan flat mereka seumpama balai bomba kerana hampir ada setiap hari pihak pomba dan peyelamat ada di situ, kerana selalu ada kes lif tersangkut,

“bomba terpaksa mari untuk mengempil pintu pintu lif ini kerana terdapat orang terperangkap di dalam lif ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media pada Majlis Jamuan Aidil Fitri Pejabat Penyelaras Parlimen Kuala Terengganu, di sini hari Khamis 21hb Julai.

IMG_20160723_073250Oleh itu beliau menyeru agar pihak kerajaan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
“Saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin, kerana isu ini telah diajukan kepada pihak berwajib tapi sehingga kini tidak ada perubahan walaupun sudah ada beberapa tindakan diambil.

“Kerosakan (lif) di blok-blok ini, terutama di blok C sehingga sekarang masih lagi berlaku. Tiada tindakan susulan. Penduduk terpaksa menghadapi masalah,”jelasnya.

Katanya, ada antara anak-anak penduduk terbabit tidak pergi ke sekolah disebabkan oleh terasa berat untuk menuruni anak-anak tangga dan berasa berat mahu naik anak-anak tangga setinggi 17 tingkat tersebut.

Ada juga kes, kata beliau, dimana penduduk-penduduk yang sakit, lelah dan sebaginya terpaksa berhenti beberapa kali untuk sampai ke bawah.

IMG_20160723_073346“Saya ada beberapa bukti gambar yang dihantar oleh penduduk. Untuk buang sampah pun, terpaksa menuruni anak anak tangga. Ni seorang pendudk yang terpaksa berhenti duduk berlunjur di atas laintai kerana letih.
“Isu isu seperti ini kita rasa Ahmad Razif selaku MB yang kononya mengatakan bahawa (ada) ‘Tranformasi’ untuk rakyat Terengganu……… sepatutnya ini tidak berlaku,

“kalau berlaku sepatutnya diatasi dengan secepat yang mungkin. ‘Tranformasi’ itu tidak berlaku dalam kawasan PPR (ini).

“Sila ambil tindakan dengan secepat mungkin mengatasi masalh ini sebelum rakyat menyuarakan kemarahan mereka.”tegas beliau.

https://youtu.be/bhVA1wwu810