Badan Kebajikan Dun Jabi Mengorak Langkah Ke Hadapan

935

Mencapai usia empat tahun penubuhan, Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Dun Jabi kini telah mempunyai seramai 470 ahli berdaftar. Kita mensasarkan untuk mencapai sasaran keahlian melebihi 500 orang menjelang pertengahan tahun 2014 ini.

Bermula dengan matlamat asas penubuhan adalah untuk membantu meringankan beban waris simati serta menyatukan masyarakat DUN Jabi untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan sesuatu tugas apabila berlaku sesuatu musibah atau kesukaran yang menimpa ahli masyarakat.
Di samping itu, Badan Kebajikan ini juga ditubuhkan dalam rangka untuk memupuk semangat bekerjasama antara ahli dan penyokong PAS bagi bersama menghulurkan bantuan dan sokongan ketika seseorang anggota masyarakat berhadapan dengan kesukaran dan musibah.

Sepanjang usia 4 tahun ini, lebih RM30,000 telah dibelanjakan dalam bentuk sumbangan kematian kepada ahli dan tanggungan mereka. Sukacita untuk dimaklumkan bahawa standard kerja yang ditetapkan oleh pengurusan Badan Kebajikan dan Khairat Kematian untuk mempastikan semua sumbangan kematian sampai ke tangan waris terdekat sebelum jenazah diusung ke tanah perkuburan dapat dicapai hasil kerjasama hebat semua jawatankuasa. Sumbangan sebanyak RM1,000 untuk suatu kematian, walaupun diperingkat awalnya, masyarakat memandang sinis akan kemampuan kita untuk menunaikan janji yang tertera

Bermula awal tahun 2014 ini, Dun Jabi maju setapak lagi dengan Badan Kebajikan dan Khairat Kematian bakal memiliki aset terbaru, sebuah van bagi kegunaan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jabi. Masih berada di bengkel untuk proses ubah suai, dijangkakan dengan izin Allah, pertengahan Februari 2014, ianya akan mula memberikan khidmat kepada masyarakat. Berada dalam perancangan juga adalah untuk menyediakan sebuah van jenazah. Seorang dermawan anak jati Dun Jabi yang memiliki sebuah syarikat kontraktor minyak dan gas di Kemaman telah menyatakan kesediannya untuk menjadikan pemilikan van jenazah ini satu kenyataan.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jabi
merangkap Pengerusi Badan Kebajikan dan Khairat Kematian DunJabi.