Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Kepimpinan kerajaan PAS yang baharu berazam dan berikrar akan membantu membasmi masalah miskin tegar dan memenuhi keperluan rakyat di negeri Terengganu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik YB Ir Saiful Azmi bin Suhaili berkata, beliau cukup tersentuh hati dan tergamam apabila melihat bagaimaman kedaifan hidup penduduk.
Katanya, beliau dujacita melihat kehidupan Mohammad Fazrul Hisyam bin Ismail, 24 seorang pengawal keselamatan di salah sebuah bank komersial di Kertih.
“Pondok yang didiami Fazrul sekeluarga di belakang Mesra Mall, Kemasik yang di bina di atas tanah kerajaan sejak mula-mula berkahwin dengan Nur Atiqah lima tahun lalu,
Katanya, beliau mendapat pendapatan bersih sebagai pegawai keselamatan sekadar RM 800 sebulan dan mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM 400 sebulan.
“Dah lama kita buat ziarah kebajikan seluruh kawasan DUN, namun masih ada yang tersisih dari pengetahuan (kita),
“serta doakan saya diberi kekuatan untuk berada bersama rakyat melestarikan Kemasik Sejahtera,” ujar nya pada pada Jumaat,18 Mei.
Menurut beliau, Mohammad Fazrul tinggal bersama isterinya Nur Atiqah Binti Wahamizan, 22, dan tiga orang anak; Nurul Arissa Farhana, 4 tahun, Nurul Auni Farzana, 2 tahun dan Mohammad Aryan Fakhir yang lahir pada 27 Mac yang lalu.